Anda di sini

Joden kandas di pusingan suku akhir

Advertisement

KUCHING: Pilihan pertama, Joden Atom dari Sarawak terkandas di pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Zon Sabah-Sarawak Sirkit Junior Kebangsaan 100Plus di Dewan Persatuan Badminton Sarawak pada Jumaat lalu.

Beraksi dalam kategori B12, Joden kalah kepada pemain bukan pilihan dari Sabah, Chuar Kia Yii dengan 21-13,18-21,14-21.

Kejohanan itu disertai 168 pemain dari Sabah dan Sarawak.

Pemain yang bertarung mensasarkan menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Sirkit Junior Kebangsaan 100Plus bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

Advertisement