Anda di sini

Jalan Kem Kelebu ke Rh Ado pacu pembangunan Selangau

Advertisement

SELANGAU: Projek pembinaan jalan raya sepanjang 20 kilometer menghubungkan Kem Kelebu ke Rumah Ado di Kakus merancakkan pembangunan di kawasan Selangau.

Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu berkata projek menelan kos RM20 juta itu dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.

“Kawasan itu amat berpotensi untuk dimajukan. Justeru, apabila siap nanti projek itu meningkatkan pembangunan serta ekonomi di situ,” katanya ditanya mengenai projek utama dilaksanakan di Parlimen Selangau semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pembinaan jambatan di Data Kakus melibatkan kos RM500,000 juga akan dilaksanakan.

“Jambatan ini akan menghubungkan antara Kampung Data, Kakus dan Kampung Long Biak. Ini membolehkan penduduk kedua-dua kampung bergerak lebih mudah,” jelasnya.

Katanya, dengan jaringan jalan raya penghubung lebih baik akan mengeratkan hubungan dan kerjasama antara penduduk.

Beliau juga memberitahu, kawasan Selangau akan menerima lebih banyak projek pembangunan pada masa akan datang.

“Di samping itu, projek infrastruktur bernilai lebih RM5 juta juga akan siap dilaksanakan tahun ini,” katanya.

Advertisement