Anda di sini

60 anggota sukarelawan JPAM sertai latihan eksesais intensif

Advertisement

SRI AMAN: Seramai 60 anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyertai latihan eksesais intensif selama tiga hari di kawasan hutan Wong Ajong dekat sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Sri Aman, Hafizul Samah berkata tujuan eksesais itu untuk menyuntik semangat dan keyakinan baharu di kalangan mereka dalam melaksanakan tugas menyelamat yang penuh mencabar.

Selain itu, katanya, bagi mengukur tahap ketahanan dan kekuatan fizikal serta kemahiran  anggota dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) di dalam hutan.

Menurutnya, melalui eksesais tersebut semua pegawai dan anggota dapat menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman baharu yang didedahkan kepada mereka.

“Eksesais ini menyuntik semangat peserta bekerja dalam satu pasukan, sikap bertanggungjawab dan berkongsi idea dalam melaksanakan tugasan serta aktiviti ulang kaji segala pengetahuan yang diterima,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Hafizul berbangga kerana semua peserta menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi dalam usaha mempertingkat keupayaan JPAM pada masa depan.

Tambahnya, peserta mendapat kemahiran baharu dalam melaksanakan tugasan seperti operasi menyelamat mangsa banjir dan kebakaran secara lebih cekap.

“Peserta turut didedahkan aktiviti dalam hutan dan bukit supaya mereka mendapat pengalaman keadaan sebenar ketika menyelamat mangsa,” katanya.

Sementara itu, JPAM Sri Aman akan mengadakan pengambilan khas sukarelawan JPAM baharu sepanjang April ini.

Sehubungan itu, kepada sesiapa warga Sri Aman yang masih belum mendaftar bolehlah mendaftar dengan mengambil borang di pejabat JPAM Sri Aman atau melayari laman  www.civildefence.gov.my.

Advertisement