Anda di sini

Liga Betong 2014: Bersepai FC belasah Sebemban FC

Advertisement

PENUH AKSI: Antara babak-babak aksi permainan di antara kedua-dua pasukan.

BETONG: Jaringan hatrik Syadam Rahmat membantu pasukannya, Bersepai FC membelasah Sebemban FC dengan 6-2 pada perlawanan sulung kedua-dua pasukan Kejohanan Bola Sepak Liga Betong 2014, di Kompleks Sukan Betong kelmarin.

Permainan pada awalnya agak seimbang namun penyu­dah cukup berkesan Bersepai FC menghasilkan jaringan demi jaringan menerusi gand­ingan mantap jentera peny­erang mereka.

Mendahului seawal minit kedua menerusi gerakan cantik hantaran perancang tengahm, Mohamad Tarmi­mi Ali terus dikejar oleh Syadam yang dikawal ketat barisan pertahanan Sebem­ban FC namun beliau sem­pat melepaskan tendangan menewaskan penjaga gol lawan.

Tersentak dengan jar­ingan itu, Sebemban FC menggandakan asakan na­mun barisan Bersepai FC berjaya mengekang asakan serta membalas serangan dan menghasilkan gol kedua sekali lagi menerusi Syadam pada minit kelapan.

Bagaikan hilang fokus, pemain Sebemban FC sekali lagi terleka apabila Abang Mohamad Eiffuan Abang Kas­sim berjaya meloloskan diri merembat cantik dan men­jaringkan gol ketiga seminit selepas itu.

Ketinggalan 3-0 menjadikan Sebemban FC semakin ter­tekan dan berusaha untuk mendapatkan gol. Justeru, minit ke-29 Baharin Bahari berjaya menyusup masuk barisan pertahanan Bersepai FC dan melepaskan sepakan padu menewaskan penjaga gol lawan untuk gol pertama Sebemban FC.

Masuk masa kedua, Ber­sepai FC terus menambah derita apabila Syadam sekali lagi menjadi duri dalam dag­ing pasukan Sebemban FC dengan gerakan cantik terus menjarakkan defisit gol apa­bila menjaringkan gol keem­pat pada minit ke-64.

Pada minit ke-81, pemain gantian Mohamad Haziq Yahya yang dibawa masuk menambah koleksi gol un­tuk jaringan kelima Bersepai FC.

Meskipun tertekan den­gan ketinggalan jauh, ba­risan penyerang Sebemban FC berusaha menggandakan serangan dan berjaya mera­patkan perbezaan gol apabila Roslan Bahari meloloskan diri dan menjaringkan gol minit ke-85.

Usaha Bersepai FC tidak hanya setakat itu, mereka terus mengasak pertahanan lawan berjaya menghukum mereka dan dihadiahkan sepakan penalti apabila pe­mainnya diasak keras dalam petak penalti lawan pada minit ke-88.

Abang Mohamad Eiffuan yang mengambil sepakan penalti berjaya meneruskan derita Sebemban FC apa­bila sepakannya tidak dapat dijangka penjaga gol untuk jaringan keenam.

Sehingga tamat permainan, Bersepai FC menewaskan Sebemban FC dengan jarin­gan 6-2.

Dalam dua perlawanan terdahulu, pertembungan dua pasukan baharu mas­ing-masing masih mencari rentak menyaksikan Per­mata Kota menewaskan Laserlight Saribas dengan keputusan 2-1.

Manakala perlawanan se­hari sebelumnya, Eureka berjaya membenam PMSB dengan 3-1 yang beraksi dalam hujan lebat. Begitu­pun, kedua-dua pasukan yang membariskan pemain-pemain berpengalaman dan pernah memperkuat barisan Betong cukup bertenaga un­tuk masing-masing mencari kemenangan.

 

Advertisement