Anda di sini

Standard renang dipertingkat

Advertisement

Wee

KUCHING: Persatuan Renang Amatur Sarawak (ASAS) akan memperkemaskan lagi program-program latihan sepanjang tempoh dua atau tiga tahun akan datang ini.

Presiden baharu ASAS Datuk Wee Hong Seng berkata, usaha ini akan dilaksanakan dengan kerjasama kesemua tujuh gabungan terutama empat pusat iaitu Persatuan Renang Amatur Kuching (KASA) 2010, Persatuan Renang Amatur Kota Samarahan (KOTAS), Persatuan Renang Amatur Miri (MASA) dan Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA) yang telah dikenalpasti sebagai pusat elit.

“Sebagai presiden ASAS, adalah menjadi keutamaan saya untuk menyatukan apa yang kami ada ketika ini bagi memperkukuhkan lagi persatuan dan memartabatkan bakat-bakat yang ada di negeri ini.

“Kami akan melihat secara terperinci sumber-sumber yang ada seperti jurulatih dan bantuan kewangan adalah adil untuk diagihkan kepada semua gabungan bagi meningkatkan lagi standard renang di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Walau bagaimanapun, Wee mengakui bahawa tugas penting ASAS adalah persiapan pasukan negeri yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan bagi SUKMA XVII di Perlis.

“Adalah penting untuk perenang- perenang kita bersedia dari aspek fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran SUKMA 2014,” tambahnya.

Wee turut memberitahu bahawa sukan renang adalah mencabar kerana ia memerlukan penambahbaikan dalam teknik serta kaedah latihan secara konsisten bagi meningkatkan lagi standard renang.

“Sarawak bertuah kerana mempunyai perenang-perenang hehat dan sebahagian daripada mereka mewakili Malaysia di Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Sukan Asena, Komanwel dan Sukan SEA.

“Kita telah melahirkan empat perenang bagi pasukan kebangsaan Daniel Bego, Vernon Lee, Welson Sim dan Erika Kong, yang mana saya percaya Daniel masih perenang nombor satu negara,” tambahnya.

Mengulas mengenai SUKMA 2016 yang akan dianjurkan di Sarawak, Wee berkata ia adalah masa untuk Sarawak membuktikan kemampuan perenang seperti tahun 1990 ketika Sarawak menjadi tuan rumah SUKMA dan Tania Bugo memenangi 13 pingat emas.

Di peringkat negeri, Wee akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Kementerian Pembangunan Sosial termasuk pelbagai agensi kerajaan bagi membolehkan lebih banyak dana diperuntukan bagi mememuhi permintaan.

Dalam pada itu barisan kepimpinan ASAS bagi 2014- 2015 terdiri daripada Wee sebagai presiden, Timbalan Presiden Yii Chee Sing, Naib Presiden Rofiza Morshidi, Yong Chee Ing dan Tony Hii, Setiausaha Lee Chiang Wee dan Bendahari Sylvia Lau.

Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Hii Hieng Chiong, Anthony Kong, William Lee, Jackie Pang, Ong Yung Ching, Ling Soon Yeong dan Kho Tiong Mee.

 

Advertisement