Anda di sini

Saksikan aksi bola sepak di Pesta Kaul 2014 esok

Advertisement

MUKAH: Pertandingan Bola Sepak sempena sambutan pesta Kaul 2014 akan berlangsung pada 12 hingga 29 April ini anjuran Pejabat Residen Bahagian Mukah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah serta Pertubuhan Belia Parlimen Mukah.

Pertandingan tersebut akan diadakan di padang Mesra Mukah dan acara sepak mula akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dolah pada jam 3 petang 12 April.

Difahamkan, penganjuran pertandingan tersebut telah ditaja khas oleh Abdul Wahab.

Munurut Pengerusi Penganjur Juhairi Bujang penganjuran pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti sempena sambutan Pesta Kaul selain untuk mengeratkan hubungan antara setiap daerah di bahagian Mukah.

“Penganjur an untuk pertandingan ini adalah melibatkan setiap daerah di bahagian Mukah yang hanya perlu menghantar satu pasukan bagi mewakili daerah masing-masing.

“Oleh sebab itu, melalui penganjuran seumpama ini hubungan antara daerah di bahagian ini akan mampu menjadi lebih baik dan ini adalah satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturahim berasaskan bola sepak,” katanya.

Justeru, beliau berharap pertandingan ini akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Juhairi berkata lagi, penganjuran seumpama ini juga akan mampu membuka minda peminat-peminat bola sepak di bahagian ini khususnya untuk melangkah lebih jauh lagi sambil beliau menyifatkan bahawa ia merupakan salah satu landasan untuk bergerak ke hadapan.

“Kita tidak mahu penganjuran seperti ini khususnya hanya berhenti setakat ini malah dapat diteruskan pada masa akan datang,” tambahnya.

Johan pertandingan tersebut akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, piala pusingan (Piala Kaul Mukah), piala iringan dan medal.

Manakala, naib johan bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, piala, iringan dan medal.

Tempat ketiga bersama masing- masing menerima wang tunai sebanyak RM2,000, piala iringan dan medal.

 

Advertisement