Anda di sini

Prudential Astro Masters 2014 landasan uji kemahiran pemain golf tempatan

Advertisement

SIBU: Kejohanan ‘Drag Race’ Motosikal (Sprint Test) kini masih lagi terbuka kepada pelumba-pelumba yang berminat dengan tarikh tutup penyertaan pada 12 April ini, jam 4 petang.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) Negeri Sarawak bersama dengan Pergerakan Pemuda PBB Wilayah Tengah dan Dainese Racing.

Menurut Setiausaha AWAS Mohd Junaidi Sambang, kejohanan ini akan berlangsung pada 18 hingga 20 April di Lapangan Terbang Lama Sibu, bermula jam 10 pagi.

“Kejohanan akan dibahagikan kepada enam kategori iaitu A, B, C, D, E dan F,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Kategori A dan B masingmasing melibatkan motosikal dua lejang dengan 135cc dan 110cc ke bawah, Kategori C dan D motosikal empat lejang dengan 135cc dan 115cc ke bawah.

Kategori E pula adalah terbuka dengan motosikal 150cc ke bawah manakala Kategori F adalah terbuka melibatkan pameran ‘auto show’.

Yuran penyertaan ialah RM50 bagi Kategori A hingga E dan RM70 bagi Kategori F.

Pelumba menurut Junaidi, hendaklah berumur 17 tahun ke atas dan terbuka kepada semua yang berminat di seluruh Sarawak.

“Pelumba diwajibkan mematuhi semua aspek keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur,” jelasnya sambil menambah jarak trek perlumbaan lebih kurang 300 meter.

Untuk semua kategori, juara hingga tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai berserta piala manakala tempat keempat akan menerima hamper.

Bagi yang berminat, boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Ibrahim Rini (010-5937057), Abang Mohd Yazid (013-8805695), Mohd Faizal Jaafar (013-8120439), Mohd Saifullah Wan Sapuan (014-6958120), Nor Azzam Azzim (016-5760056), Mohd Sufyan (0111-6069592) dan Mohd Junaidi (013-8451343).

KUCHING: Prudential Astro Masters 2014 selaku kejohanan golf amatur terbesar dan paling berprestij di Malaysia kembali untuk tahun ke-17 penganjurannya lantas terus membuka peluang buat para pemain golf Malaysia menguji kemahiran mereka di pelbagai lapangan golf terbaik negara.

Kejohanan golf yang berlangsung sepanjang lima bulan ini akan membawa peserta pusingan Grand Final berentap merebut kejuaraan di dua lapangan golf terindah dan diiktiraf di Ho Chi Minh, Vietnam.

Siri Prudential Astro Masters 2014 akan bermula (tee off) 15 April 2014 di Kota Permai Golf & Country Club, Kuala Lumpur.

Sebanyak 20 pusingan kelayakan secara keseluruhan akan berlangsung di beberapa rangkaian lapangan golf terbaik di serata Malaysia.

Turut diperkenalkan dua buah padang golf baharu yang turut tersenarai untuk pusingan kelayakan kejohanan ini iaitu Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor dan Kelab Rahman Putra, Selangor.

Pemain Terbaik Gross dan Terbaik Nett untuk setiap pusingan akan meneruskan persaingan dalam pusingan Grand Final Prudential Astro Masters 2014 di Vietnam Golf & Country Club dan Long Thanh Golf Club dari 21 hingga 24 September 2014.

Kedua-dua padang golf ini pastinya menjanjikan keindahan luar biasa tatkala terletak di hamparan 300 hektar kawasan hutan menghijau yang juga merupakan bekas kawasan sawah padi dengan pemandangan yang permai.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Prudential Astro Masters, Jeganathan Palanisamy berkata, pihaknya berasa berbesar hati dengan jalinan kerjasama erat yang terjalin bersama penaja acara berprestij selain menyasarkan penyertaan yang memukau dari orang ramai.

“Kami sangat berbesar hati atas kerjasama berterusan dengan pihak penaja utama, Prudential Assurance Malaysia dalam membangunkan arena golf amatur di Malaysia untuk tahun 2014.

“Kami juga sangat berbangga dengan kejohanan ini yang telahpun mencatatkan penyertaan hampir 39,000 peserta semenjak pertama kali dianjurkan dan kami berharap untuk mencapai seramai 40,000 penyertaan bagi tahun ini daripada barisan para pencinta sukan golf yang ingin menguji kemahiran mereka,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Prudential Assurance Malaysia Berhad Fiona Liao berkata, pihaknya sangat teruja kerana sekali lagi menjadi penaja utama untuk pertandingan golf amatur yang terkenal dan berprestij ini.

“Tahun ini merupakan tahun yang sangat istimewa bagi kami di Prudential kerana kami meraikan ulang tahun kami yang ke-90 di Malaysia.

Sepanjang 90 tahun ini, kami telah membantu kehidupan orang ramai dari semua lapisan masyarakat di Malaysia dan kami akan terus berusaha demi untuk melakukan perubahan, bukan sahaja melalui inovasi penyelesaian kewangan bahkan melalui penglibatan kami dalam pelbagai projek yang bermakna.

Para peserta yang mendaftar untuk penyertaan pada tahun ini akan menerima cenderahati bernilai lebih dari RM300 selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sumbangan dari rakan-rakan perniagaan Prudential Astro Masters.

Rakan perniagaan tersebut merangkumi AmBank, Panasonic, Bridgestone, The Star, Samsonite, MST Golf, Titoni, GOLF Magazine, Banana Boat, Fresh & White, Pharmaton, Shokubutsu Active Guard, Heineken, Gatorade, Schick, Power Bar, AXN, TVB, GlenGrant, Jake’s Charbroil dan Cinta Sayang Resort.

Prudential Astro Masters turut menawarkan hadiah lumayan berupa sebuah kereta mewah, Toyota Camry 2.0GX yang bernilai RM159,900 sebagai hadiah hole-in-one.

Di samping itu, beberapa buah televisyen Panasonic Smart LED TV 50 inci menanti pemenang di setiap pusingan kelayakan sebagai hadiah ‘Sure to Win’ holein- one.

Oleh itu, sertai dan daftarkan diri anda hari ini kerana penyertaan adalah terhad kepada 120 penyertaan sahaja untuk setiap pusingan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/ astrocircle dan www.golfpeople. com.my atau hubungi +603-7803 6226 dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pelanggan Astro layak mendaftar dengan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM250, manakala RM350 akan dikenakan kepada bukan pelanggan Astro.

 

Advertisement