Anda di sini

Penyertaan untuk Kejohanan ‘Drag Race’ Motosikal masih dibuka

Advertisement

SIBU: Kejohanan ‘Drag Race’ Motosikal (Sprint Test) kini masih lagi terbuka kepada pelumba-pelumba yang berminat dengan tarikh tutup penyertaan pada 12 April ini, jam 4 petang.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) Negeri Sarawak bersama dengan Pergerakan Pemuda PBB Wilayah Tengah dan Dainese Racing.

Menurut Setiausaha AWAS Mohd Junaidi Sambang, kejohanan ini akan berlangsung pada 18 hingga 20 April di Lapangan Terbang Lama Sibu, bermula jam 10 pagi.

“Kejohanan akan dibahagikan kepada enam kategori iaitu A, B, C, D, E dan F,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Kategori A dan B masingmasing melibatkan motosikal dua lejang dengan 135cc dan 110cc ke bawah, Kategori C dan D motosikal empat lejang dengan 135cc dan 115cc ke bawah.

Kategori E pula adalah terbuka dengan motosikal 150cc ke bawah manakala Kategori F adalah terbuka melibatkan pameran ‘auto show’.

Yuran penyertaan ialah RM50 bagi Kategori A hingga E dan RM70 bagi Kategori F.

Pelumba menurut Junaidi, hendaklah berumur 17 tahun ke atas dan terbuka kepada semua yang berminat di seluruh Sarawak.

“Pelumba diwajibkan mematuhi semua aspek keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur,” jelasnya sambil menambah jarak trek perlumbaan lebih kurang 300 meter.

Untuk semua kategori, juara hingga tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai berserta piala manakala tempat keempat akan menerima hamper.

Bagi yang berminat, boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Ibrahim Rini (010-5937057), Abang Mohd Yazid (013-8805695), Mohd Faizal Jaafar (013-8120439), Mohd Saifullah Wan Sapuan (014-6958120), Nor Azzam Azzim (016-5760056), Mohd Sufyan (0111-6069592) dan Mohd Junaidi (013-8451343).

 

Advertisement