Anda di sini

Ibu minta penjelasan hospital penyakit anak bertambah teruk

Advertisement

PASIR GUDANG: Seorang ibu menggesa pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) memberikan penjelasan mengenai keadaan sakit kulit anaknya yang didakwa bertambah teruk selepas menerima rawatan di hospital tersebut baru-baru ini.

Naziah Mat Nasir, 26, dari Alor Setar, Kedah berkata anaknya Muhammad Adam Aryan Muhammad Danial yang berumur 14 bulan mulai menghidap penyakit kulitmenggelupas (eczema) pada badannya sejak berusia setahun.

Namun setelah menerima suntikan protein dan dimasukkan darah di hospital itu pada 25 Mac lalu, penyakit itu bertambah serius dan merebak ke seluruhtubuhnya sehingga menyebabkan anaknya tidak lagi aktif dan asyik menangissepanjang masa, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau dan anaknya dibenarkan pulang dari hospital pada 7 April, namun tidak diberikan sebarang penjelasan mengenai keadaan penyakit anaknya, walaupun telahdimintanya.

Sementara itu Penyelia Pusat Aduan Rakyat Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah yang menerima aduan daripada Naziah berkata pihak hospital perlu memberi penjelasan mengenai keadaan bayi itu kepada ibunya.

Naziah telah membuat laporan polis kelmarin di Balai Polis Seri Alam mengenai perkara itu.

Pengarah HSI, Dr Arbain Lani yang dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan menghubungi keluarga berkenaan setelahmendapat laporan perubatan bayi itu. — Bernama

Advertisement