Anda di sini

Pertandingan petanque sempena Jom Berambeh Bintulu 12-13 April

Advertisement

BINTULU: Persatuan Petanque Sarawak (PEPSAR) dengan kerjasama RTM Bintulu akan menganjurkan Pertandingan Petanque Beregu Terbuka sempena program Jom Berambeh Bintulu pada 12 dan 13 April di tapak Lapangan Terbang Lama di sini.

Pertandingan itu terbuka kepada pemain-pemain petanque yang berminat di seluruh negeri dengan yuran penyertaan sebanyak RM40 untuk setiap pasukan.

Borang penyertaan terhad untuk 32 pasukan.

Borang boleh diperolehi dengan menghubungi Bendahari Kehormat PEPSAR, Isah Hassan menerusi talian 0111-5883418 atau RTM Bintulu (086-336219).

Pertandingan akan dijalankan secara liga kumpulan untuk pusingan awal sebelum memasuki pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir termasuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Johan akan membawa pulang RM400, piala dan pingat.

Naib johan pula akan menerima hadiah wang tunai RM250, piala dan pingat, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai RM150 dan RM100 berserta piala dan pingat.

Pemenang tempat kelima hingga kelapan akan menerima hadiah sagu hati berupa hamper dengan setiap sebuah pasukan menerima dua buah hamper.

Cabutan undi akan diadakan di gelanggang petanque di tapak lapangan terbang lama tersebut.

Advertisement