Anda di sini

Pasukan kabaddi lelaki Sarawak buat kejutan di Selangor

Advertisement

KUCHING: Pasukan kabaddi lelaki Sarawak membuat kejutan pada Kejohanan Kabaddi Kebangsaan minggu lalu apabila layak ke peringkat separuh akhir.

Dalam pusingan pertama kejohanan yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B, Sarawak telah diletakkan bersama Johor, Kedah dan Perlis.

Kesemua pertandingan telah dilangsungkan di Dewan Dato Hamzah di Klang, Selangor pada 5 dan 6 April.

Sarawak memenangi perlawanan pertama di dalam peringkat kumpulan apabila membenam Perlis 77-25.

Dalam perlawanan kedua, pasukan negeri sekali lagi menang dengan menewaskan pasukan Johor 71-23.

Sarawak bagaimanapun kalah pada perlawanan ketiga menentang Kedah 13-31 tetapi layak ke separuh akhir setelah menduduki tangga kedua dalam kumpulan.

“Kami telah berusaha keras untuk menewaskan Kedah bagi mengelak daripada bertemu pasukan Negeri Sembilan (di peringkat separuh akhir) kerana mereka merupakan pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan.

“Saya rasa Kedah telah merangka pelan perlawanan yang begitu baik untuk memenangi perlawanan penting menentang kita,” kata ketua jurulatih negeri Ganisan Punisamy.

Menentang Kedah, Negeri Sembilan lebih dijangka merangkul piala kejohanan.

Menurut Ganisan, pasukan negeri tersebut adalah sangat serius di dalam perlawanan mereka selain memiliki pemain- pemain berbakat serta berpengalaman.

Sarawak hanya bermula bermain kabaddi, sukan tradisional India dalam 2008 di mana pasukan negeri melakukan penampilan pertama di dalam perlawanan pameran semasa Sukma di Terengganu.

Menarik di dalam pasukan Sarawak, majoriti pemainnya adalah terdiri daripada pemain kaum Bumiputera berbanding pasukan negeri lain yang para pemainnya adalah kaum India.

Advertisement