Anda di sini

Kira-kira 200,000 wanita di negara ini tidak bekerja

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200,000 atau 1.42 peratus wanita di negara ini tidak bekerja sehingga Disember tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem bagaimanapun tidak memberitahu sebab atau punca mereka tidak bekerja.

Riot berkata sebanyak 7,519 wanita atau 44.7 peratus daripada 16,821 jumlah keseluruhan penempatan pekerjaan di bawah program kerja separa masa telah berjaya ditempatkan ke alam pekerjaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) yang ingin tahu statistik wanita tanpa kerja dan sama ada program kerja separuh masa mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat khususnya wanita.

Golongan wanita turut digalak meningkatkan pendapatan dengan menceburi perusahaan kecil dan mikro menerusi program 1AZAM dan program ‘Get Malaysian Business Online’ bagi melibatkan diri dengan perniagaan dalam talian, katanya. — Bernama

Advertisement