Anda di sini

Kementerian beri latihan kepada guru fahami PBS

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan latihan khas mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru di seluruh negara bagi membantu mereka memahami sepenuhnya sistem pentaksiran yang telah ditambah baik itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P. Kamalanathan berkata latihan itu merupakan satu daripada langkah selain sesi taklimat PBS yang diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru.

“Bagi memastikan PBS yang telah ditambah baik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mengatasi kerisauan semua pihak yang terlibat, KPM mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya.

“KPM juga akan mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran serta kepakaran guru memeriksa jawapan,” katanya di persidangan Dewan Rakyat, di sini semalam.

Kamalanathan menjawab soalan Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) yang ingin tahu adakah kerajaan masih lagi meneruskan PBS dan apakah cadangan kementerian untuk mengatasi kerisauan semua pihak dalam sistem pendidikan negara.

Taklimat mengenai PBS telah diadakan bermula April. — Bernama

Advertisement