Anda di sini

Kaedah dirancang untuk selesai masalah disebut Ketua Audit Negara

Advertisement

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengambil pendekatan positif dan telah merancang pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1.

Menyatakan demikian, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, dan Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, kerajaan negeri berterima kasih kepada Ketua Audit Negara kerana telah menekankan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Sebelum ini ada beberapa perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat, jadi kita akan beri perhatian yang lebih selepas ini,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Laporan itu menyatakan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan pengurusan program pendidikan pra sekolah (Taska) dan program pembangunan keluarga dan kanak-kanak (Nury).

Ia melibatkan prasarana dan kemudahan asas tidak lengkap, kadar dan cara penyedia-an makanan tidak ditetapkan, pengurusan kewangan tidak memuaskan, nisbah guru tidak seimbang serta jawatankuasa Taska Negeri masih belum ditubuhkan.

Mohd Rawi berkata mengenai pengurusan kewa-ngan Taska dan Nury yang berkaitan pembayaran gaji yang tidak selaras kepada guru, ia telah dimaklumkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK). — Bernama

Advertisement