Anda di sini

Gandingan tiga pemimpin PKR bukan ancaman bagi Khalid

Advertisement

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan tiga pemimpin PKR (Parti Keadilan Rakyat) berganding sebagai satu pasukan bagi menghadapi pemilihan parti itu bulan hadapan bukan satu ancaman kepadanya.

Katanya, gandingan itu tidak memberikan sebarang tekanan kepadanya malah ia tidak menghalang untuknya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita di lobi Dewan Undangan Ne-geri Selangor di sini semalam ketika diminta mengulas pembentukan gandingan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bagi menghadapi pemilihan parti.

Pembentukan gandingan itu dilaporkan bertujuan untuk mengelakkan pergaduhan dalaman parti di antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali serta mengembalikan parti itu ke landasan perjuangannya semula.

Pertandingan Timbalan Presiden PKR menyaksi-kan penyandang Mohamed Azmin dicabar Abdul Khalid, Saifuddin, Naib Presiden Tian Chua, Datuk L. Ramachandran dan S. Murali.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin ketika ditemui di lobi dewan enggan memberikan komen lanjut mengenai gan-dingan itu sebaliknya hanya menyifatkan ia sebagai hak demokrasi.

Nurul Izzah dan Rafizi pula akan bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan kali ini. — Bernama

Advertisement