Anda di sini

Ketiadaan kekosongan punca tidak ramai wanita jadi anggota lembaga pengarah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ketiadaan kekosongan menjadi punca utama masih tidak banyak wanita menjadi anggota lembaga pengarah syarikat senaraian awam (PLC), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata sehingga 2013, wanita hanya mewakili 8.6 peratus daripada jumlah anggota lembaga pengarah PLC, meningkat 7.7 daripada 2012.

“Sebenarnya, terdapat lebih 200 calon dalam pangkalan data kami yang boleh mengisi jawatan itu, tetapi masalahnya sekarang ialah penempatan. Kadang-kadang, lembaga pengarah menetapkan kriteria tertentu berhubung seseorang calon.

“Kekosongan bukan wujud setiap tahun, ia hanya ada apabila seseorang anggota lembaga pengarah bersara atau muncul lebih banyak syarikat baharu,” katanya selepas menyampaikan ucap utama di Inisiatif Program Latihan Pengarah Wanita 2014 anjuran Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NIEW).

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan memberi taklimat kepada peserta berhubung Program Pengarah Wanita (WDP), yang telah melatih 721 wanita untuk menduduki kerusi anggota lembaga pengarah sejak 2012. — Bernama

Advertisement