Anda di sini

Futsal 1M’sia ditunda kepada 18-20 April

Advertisement

MIRI: Futsal 1Malaysia ‘Jom Ke Putrajaya 2014’ yang sepatutnya dilaksanakan pada 11 April ini ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 18 hingga 20 April ini.

Jurucakap penganjur, Lee Joon Siong berkata ia terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal namun lokasi pertandingan masih sama iaitu gelanggang futsal Institut Kemahiran Belia Negara Miri (IKBN) Miri.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki terbuka dan kategori wanita terbuka dengan yuran penyertaan bagi kedua-dua kategori itu ialah RM100 sahaja.

Pertandingan itu adalah anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Miri, IKBN Miri, Bank Rakyat Miri dan City Sport Miri.

Sehubungan itu, semua pasukan futsal Miri dipelawa menyertai pertandingan ini kerana terbuka kepada semua warganegara Malaysia tidak kira berada di Miri atau luar Miri.

Juara, naib juara dan tempat ketiga kategori lelaki terbuka masing-masing akan menerima wang tunai RM700, RM500 atau RM300 bersama piala dan medal.

Manakala bagi kategori wanita terbuka, juara menerima RM400, piala dan medal manakala naib juara dan tempat ketiga menerima RM300 dan RM200 bersama piala dan medal.

Borang penyertaan boleh didapati di kedai sukan City Sport Miri.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Lee Joon Siong di talian 012-8041199 atau 085-422333.

Advertisement