Anda di sini

SMKDP pertahan kejuaraan boling antara sekolah Miri

Advertisement

MIRI: SMK Dato Permaisuri (SMKDP) mempertahankan kejuaraan kejohanan boling antara sekolah yang diadakan di Megalane East Bintang Megamall di sini petang kelmarin.

Kejohanan kali ke-15 itu dianjurkan oleh Megalane dengan kerjasama Superior Design.

SMKDP menjulang semula piala pusingan kejohanan setelah muncul juara pada tahun lalu.

Sebanyak 10 sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah mengambil bahagian dalam kejohanan tiga hari itu.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh SMK St Joseph dan SMK Lutong.

Pegawai Pendidikan Daerah Subis, Ali Chikba dan Pengurus Megalane East, Jestini Kaboh hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Advertisement