Anda di sini

Jom sertai cabaran boling All-Star 2014

Advertisement

MIRI: Megalanes East Miri mempelawa orang ramai untuk menyertai Kejohanan Boling 10 Pin Cabaran All-Star 2014 yang akan berlangsung pada 18 Mei depan bermula jam 9 pagi.

Jurucakap penganjur berkata, kejohanan tersebut terbuka kepada mana-mana individu yang berminat dengan yuran pendaftaran RM130 dikenakan untuk 10 permainan.

Johan, naib johan dan tempat ketiga akan menerima wang tunai RM2,000, RM1,000 dan RM6,00 manakala tempat keempat hingga ke-20 juga tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Bagi tempat keempat, pemenang menerima RM500, pemenang kelima (RM400) pemenang keenam (RM300), pemenang ketujuh (RM200), pemenang kelapan (RM150 dan pemenang kesembilan (RM100).

Pemenang kesepuluh pula menerima RM80 manakala pemenang ke-11, ke-12, ke-13, ke-14 dan ke-15 masing-masing menerima RM70, RM60, RM50, RM 40 dan RM30.

Mereka yang berada di ranking ke-16 hingga 20 pula turut diberikan wang tunai masing-masing RM20.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Mei depan.

Mereka berminat boleh datang mendaftar di kaunter Megalanes East Miri atau emel kepada [email protected] atau menghubungi 085-430141.

Advertisement