Anda di sini

Skuad EG Galaxy berjaya menjulang Piala Sumbangsih

Advertisement

BETONG: Skuad EG Galaxy memulakan langkah bergaya apabila berjaya menjulang Piala Sumbangsih setelah menewaskan Pelados Spaoh 4-5 pada pertembungan menyaksikan penentuan hingga ke sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 tamat permainan kejohanan Piala Liga Betong 2014 di Kompleks Sukan Betong, di sini semalam.

Pemain sayap EG Galaxy, Ibnu Harry meledakkan gol pada minit kedua setelah penjaga gol lawan menampan bola dalam petak penalti dan terus disambar Ibnu yang tidak dikawal menyentap semangat Pelados Spaoh mencari gol penyamaan.

Tersentak dengan jaringan penyamaan, serangan demi serangan bertali arus oleh kedua-dua pasukan dan minit ke-23, Abang Johari Abang Robil melepasi kawalan benteng pertahanan Pelados Spaoh berjaya menanduk masuk hantaran pemain sayap untuk gol kedua.

Namun, pemain Pelados Spaoh, Nazreen Ismail turut membariskan nama sebagai penjaring apabila menolak masuk bola kawalan pertahanan EG Galaxy dalam petak penalti sekali lagi menyamakan kedudukan.

Tidak hanya itu barisan tonggak sensasi Pelados Spaoh, Ramos Sari turut mencipta jaringan cantik apabila merembat masuk ke gawang lawan setelah menghidu ruang menghasilkan gol pada minit ke-29.

Kegembiraan pasukan Pelados Spaoh tidak kekal lama apabila Ibnu Harry sekali lagi berjaya membaca ruang untuk meledak gol penyamaan pada minit ke-39.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan.

Advertisement