Anda di sini

Sebanyak 34 pasukan berentap Kejohanan Futsal 1Malaysia

Advertisement

SIBU: Sebanyak 34 pasukan sekitar bahagian ini menyertai Kejohanan Futsal 1Malaysia bagi kategori Lelaki/Wanita di TN Sport di sini, kelmarin.

Ia dianjurkan bersama Petra Jaya Homemade Burger Sibu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan Kelab Sukan Rekreasi Taman Rejang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Dr Annuar Rapa’ee menyempurnakan majlis perasmian kejohanan tersebut.

Menurut Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu Terrence Tan, sebanyak 29 pasukan lelaki manakala lima pasukan wanita mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Johan kategori lelaki akan menerima hadiah wang tunai RM1,200, naib johan RM600 dan ketiga RM300 yang masing- masingnya berserta piala iringan dan medal.

Bagi kategori wanita, johan akan membawa pulang hadiah RM600, naib johan RM300 dan ketiga RM100.

Advertisement