Anda di sini

Roberto rangkul gelaran profesional pertamanya

Advertisement

TAHNIAH: Patrick (tiga kiri) bersama Roberto dan Carlos serta ahli jawatankuasa penganjur di Kuching semalam.

KUCHING: Roberto Ortega- Olmedo merangkul gelaran profesional pertamanya musim ini selepas memenangi Kejohanan ITF Men Futures US$15,000 di Pusat Tenis Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini semalam.

Pemain ranking 338 ATP itu mengalahkan sahabat baik dan rakan latihannya, Carlos Baluda-Purkiss (ranking 631) dengan 6-0 dan 6-2.

Pemain muda itu menerima trofi dan wang tunai US$2,160 manakala Carlos membawa pulang trofi dan US&1,272.

“Saya amat gembira menang di sini. Pencapaian kali ini memang baik berbanding di Filipina sebelum ini,” katanya.

Roberto yang berusia 22 tahun dari Madrid, Sepanyol terkandas di pusingan suku akhir ITF Men Futures US$15,000 Filipina, pusingan pertama Men Futures US$10,000 di Turki dan pusingan kedua Men Futures US$15,000 di Perancis sebelum tiba di Kuching.

Kejayaan itu meningkatkan keyakinan Roberto ke Chengdu, China bagi menyertai Men Futures US$15,000.

Kejohanan ITF Men Futures US$15,000 dianjurkan Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) dari 1 hingga 6 April merupakan acara yang berjaya pada tahun ini.

Ini merupakan kejohanan kelima dianjurkan SLTA selepas Pra Kelakayan Asia-Ocenia Kejohanan Berpasukan Junior Dunia (Lelaki/Wanita) pada 17 hingga 23 Februari lalu.

Kejohanan lain termasuk Piala Davis Junior ITF dan Pra Kelayakan Asia-Ocenia Piala Fed Junior dari 24 Februari hingga 23 Mac lalu serta Piala Ketua Menteri Ke-23 (I) Sirkit Junior ITF (Gred 1) dari 11 hingga 16 Mac lalu.

“Kejohanan julung kali ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kita berbangga kerana kejohanan tamat pada masa ditetapkan,” kata Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew.

Advertisement