Anda di sini

Jangan tunjuk reaksi berlebihan berhubung penculikan: Mositon

Advertisement

KOTA KINABALU: Pihak-pihak berkaitan tidak perlu menunjukkan reaksi berlebihan berhubung insiden penculikan dua wanita warga asing di Singgamata Adventures Reef Resort dekat Semporna, Rabu lepas, dengan memberi cadangan supaya menutup resort yang terletak di kawasan terpencil dekat pantai timur Sabah.

Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata cadangan penutupan resort merupakan langkah terlalu drastik untuk diambil.

“Kita harus bertindak secara rasional dengan menerima kritikan secara terbuka dan meneruskan usaha untuk memperketatkan keselamatan di kawasan berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pengusaha resort di kawasan itu menghentikan operasi dan bukan sebaliknya mengkritik Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM). — Bernama

Advertisement