Anda di sini

Program ‘Sarawak Walk of Love – Purple Walk’ sokong MH370

Advertisement

MERIAH: Lebih 9,000 peserta menyertai ‘Sarawak Walk of Love – Purple Walk’ di Kuching, semalam.

KUCHING: Lebih 9,000 peserta menyertai program ‘Sarawak Walk of Love – Purple Walk’ dengan tema ‘We Care We Share’ dengan laluan sejauh 2.7 kilometer di sini, pagi semalam.

Program kali ini bertujuan menunjukkan simpati terhadap keluarga penumpang MH370 serta sokongan bagi kerajaan yang terus berusaha mencari pesawat dengan bantuan 26 negara lain.

Kebanyakan daripada 125 kontinjen yang menyertai program berjalan kaki ini membawa sepanduk dengan mesej sokongan kepada mereka.

Walaupun sasaran pada awalnya hanya 6,000 peserta, ternyata ia mendapat sambutan menggalakkan yang mana sebanyak 9,129 peserta mendaftar menggunakan pakaian berwarna ungu.

Malah penganjur berasakan bilangan tersebut adalah lebih ramai lagi kerana terdapat juga peserta menyertai secara sukarela tanpa pendaftaran.

Hadir mengetuai program berkenaan ialah isteri Ketua Menteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu.

Beliau diiringi Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus, Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat dan Setiausaha Tetap Kementerian Rodziah Morshidi.

Fatimah dalam ucapannya melahirkan kegembiraan dengan kehadiran begitu ramai peserta yang hadir pada program tersebut dengan berkongsi tujuan yang sama.

“Saya percaya kita satu-satunya negeri di negara ini yang menganjurkan acara seperti ini.

“Kita bersatu dalam pendirian kita tanpa mengira bangsa, agama dan umur.

Gembira apabila melihat semua mesej yang indah disampaikan, sungguh bermakna,” katanya.

Jumlah peserta bukan satusatunya perkara yang meningkat.

Pada mulanya terdapat 50 gerai, tetapi penyertaan diterima sungguh menggalakkan sehingga meningkat kepada 90 gerai.

Pada program tersebut, hadiah turut diberikan kepada sepanduk terbaik dan kontinjen terbanyak

Advertisement