Anda di sini

32 pasukan bersaing rebut ‘Piala Dunia FIFA Miri 2014’

Advertisement

MIRI: Kejohanan FIFA World Cup Miri 2014 berlangsung semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada 32 pasukan masing-masing mewakili negara yang layak ke Piala Dunia Brazil pada tahun ini.

Kejohanan terbabit dianjurkan oleh My Team Sports Centre sempena kehangatan suasana Piala Dunia Brazil 2014 yang bakal menjelang Jun nanti.

Semua pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan merangkumi empat pasukan atau empat negara yang diwakili.

Bagi Kumpulan A, pasukan berkenaan ialah PB FC mewakili negara Brazil, Kelapang FC (Cameroon), Medical FC (Croatia) dan Warriors (Mexico).

Kidslord FC (Australia), Morekan FC (Chile), Telang Usan FC (Belanda) dan Lun Bawang (Sepanyol) dibahagikan dalam Kumpulan B.

Kumpulan C merangkumi Sg, Tea Team (Colombia), JPJ (Ivory Coast), My Team (Greece) dan Final Union (Jepun).

Dalam Kumpulan D pula ialah, Apple Lodge (Costa Rica), Vinodh (England), Tigers FC (Itali) dan Tajem FC (Uruguay).

Kumpulan E merangkumi IPGKS Miri (Ecuador), Malai City (Perancis), KRP Team (Honduras) dan BLD (Switzerland).

Kumpulan F pula ialah Shad & Partners (Argentina), Meritz Utd FC (Bosnia Herzegovina), MMEA 13 FC (Iran) dan Sarawak Energy Sdn Bhd SEB (Nigeria).

Kumpulan G ialah Teacher Utd. (Jerman), Kebana FC (Ghana), Chickalof FC (Portugal) dan BCFC (USA).

Manakala Kumpulan H merangkumi Project FC (Algeria), Aoron FC (Belgium), Star Kickers (Korea Utara) dan Belia Kampung Selanyau mewakili Rusia.

Pengerusi Penganjur, Alai Liaw memberitahu pertandingan bola sepak terbuka 11 sebelah bermula semalam memberi peluang kepada peminat bola sepak bagi merasai kehangatan suasana Piala Dunia Brazil tahun ini.

“Kejohanan ini adalah membuka ruang kepada masyarakat di sini untuk bersama merasai suasana dan mewakili negara yang layak ke Piala Dunia Brazil 2014 selain menyediakan hadiah menarik bakal menanti para peserta.

“Sehubungan itu, sebahagian sokongan kita terhadap sukan bola sepak dan menggalakkan golongan belia melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah serta sihat dan mempromosikan pertandingan sihat kalangan peminat bola sepak,” jelasnya.

Kejohanan berkenaan turut berdasarkan syarat dan peraturan daman Persatuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bagi menyemarakkan kejohanan tersebut, penganjur menggunakan bola rasmi Piala Dunia ‘Brazuca’ dan empat pasukan teratas akan membawa pulang piala.

Advertisement