Anda di sini

Sepasang warga asing dipenjara antara 14 hari hingga sebulan

Advertisement

MIRI: Sepasang warga asing dalam dua kes be­rasingan masing-masing dijatuhi hukuman penjara antara 14 hari hingga se­bulan oleh Mahkamah Se­syen, di sini pagi semalam kerana kesalahan tinggal di negeri ini melebihi tempoh sah yang dibenarkan.

Hukuman itu dijatuhkan Timbalan Pendaftar Nas­rul Hadi Abdul Ghani setelah mengambil kira beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan ray­uan tertuduh, keterangan fakta kes, tempoh kedua-dua tertuduh tinggal di sini serta kepentingan awam.

Sodikin, 26, dari Pon­tianak dan Yessy dari Singkawang, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan kes per­tama, Sodikin ditangkap pada jam 8.30 pagi, 26 Mac lalu di kawasan tapak pembinaan Desa Murni, Permyjaya di sini.

Manakala Yessy ditang­kap pada jam 12.35 tengah hari, 22 Mac lalu di hada­pan sebuah hotel bajet di Jalan Merpati di sini.

Tangkapan ke atas mere­ka dibuat setelah polis mendapati pas lawatan sosial yang dikeluarkan ke­pada mereka tamat tempoh yang sah.

Bagi kesalahan itu, Sodi­kin dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan Yessy dikenakan hukuman pen­jara 14 hari.

 

Advertisement