Anda di sini

Menipu: Lelaki dipenjara 16 bulan, sekali sebatan

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki di­jatuhi hukuman penjara 16 bulan dan sekali sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini pagi semalam setelah mengaku bersalah atas lima tuduhan menipu lima in­dividu membabitkan wang tunai RM5,800.

Hukuman itu dijatuhkan Timbalan Pendaftar Nasrul Hadi Abdul Ghani setelah men­imbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Lawrence Matthew Naga, 34, dari Rumah Kudang, Sun­gai Tapang Bakas, Bekenu didakwa atas lima tuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan mem­peruntukkan hukuman pen­jara tidak kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun serta disebat dan juga denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan tuduhan pertama, tertuduh menipu Jimme Nyambek, 25, den­gan memperdaya mangsa agar mempercayai bahawa dia (tertuduh) boleh mengu­ruskan kursus keselamatan luar pantai di Brunei dan dengan curang mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM1,100 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Okto­ber 2012 di Kampung Lusut, Taman Tunku di sini.

Manakala tuduhan kedua dan ketiga, tertuduh turut melaku­kan kesalahan serupa dengan memperdaya Su Chok Ming, 25, dan Andrian Richard Kery­er, 24, agar mempercayainya menguruskan kursus sama di Brunei dan mendorong kedua-dua mangsa menyerahkan wang tunai masing-masing RM2,000 dan RM1,000 kepadanya.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh sekitar Oktober 2012 di Taman Tunku di sini.

Sementara dalam tuduhan keempat dan kelima, tertuduh sekali lagi mengulangi kesala­han serupa dengan menipu dan memperdaya Isa Lan­git, 51, dan Ashley Keryer, 26, dan mendorong kedua-dua mangsa menyerahkan wang tunai masing-masing RM1,000 dan RM700 ke­padanya untuk tujuan sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh masing-masing sekitar November dan Oktober 2012 di Kampung Lusut dan Taman Tunku di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh yang tidak di­wakili merayu agar hukuman dikurangkan memandangkan ini adalah kesalahan perta­manya.

 

Advertisement