Anda di sini

Terengganu bukan lawan mudah

Advertisement

FOKUS: Pemain Sarawak memanaskan badan sebagai persediaan menghadapi Terengganu di Stadium Negeri malam ini.

KUCHING: Pengendali Sarawak Robert Alberts mahu anak-anak buahnya mengekalkan aksi cemer­lang ketika mengikat Johor Darul Takzim pada Sabtu lalu jika berhasrat untuk menundukkan Terengganu di Stadium Negeri pada malam ini.

Meskipun berpuas hati dengan aksi skuadnya sepan­jang perlawanan itu, Alberts tetap mengingatkan pemain agar jangan mengulangi kesi­lapan yang boleh menggagal­kan impian untuk memburu kemenangan.

“Kita berjaya mengikat JDT kerana pemain tidak banyak melakukan kesilapan. Ia kunci utama kejayaan kita pada per­lawanan itu,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

“Justeru, saya sekali lagi menekankan kepada pemain agar mengelak dari melaku­kan kesilapan yang tidak se­patutnya kerana ia memberi kesan yang cukup besar ke­pada keseluruhan skuad.”

Menurutnya, Terengganu bukan lawan yang mudah dan pengendali mereka pasti merancang sesuatu untuk mencuri mata.

“Terengganu berada dalam prestasi terbaik dan ia pastinya menyemarakkan semangat pemain mereka untuk menge­jutkan kita,” katanya.

Jurulatih dari Belanda itu bagaimanapun tetap optimis pemainnya mampu menun­dukkan skuad Penyu dan meraih tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

“Kita mesti menang dan saya cukup yakin pemain mampu merealisasikan sas­aran itu.”

Menurutnya, dua peny­erang baharu Ryan Alan Grif­fiths dan Hassan Mohamad juga sudah mula menampa­kkan keupayaan sebenar me­skipun belum menjaringkan sebarang gol.

“Saya cukup berpuas hati dengan aksi kedua-dua pe­main itu. Mereka telah mem­peragakan kualiti yang kita harapkan,” menurut Alberts sambil berharap kedua-dua pemain itu akan menjaring­kan gol pada perlawanan malam ini.

Alberts dijangka melakukan sedikit rombakan di bahagian pertahanan dengan memasu­kkan Hairol Mokhtar bagi menggantikan Gabor Gyepes yang digantung perlawanan setelah mengutip tiga kad kuning.

“Gabor sangat penting bagi kita dan kehilangan beliau cukup dirasai. Apapun saya tetap yakin dengan keupayaan serta pengalaman dimiliki Hairol untuk mengekang asakan pemain lawan,” tam­bahnya.

Turut dijangka diturunkan pemain tengah Shahrol Saperi yang pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Sarawak berada di tangga ketujuh dengan 13 mata sete­lah mengharungi 10 perlawa­nan setakat ini.

Advertisement