Anda di sini

Kontrak Souza ditamatkan

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengambil langkah drastik apabila me­namatkan kontrak pemain import Marcio Souza Da Silva dari Brazil ketika kempen Liga Super sedang rancak berjalan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Tereng­ganu Arpin Draman berkata, penamatan kontrak pemain itu dibuat berikutan pihak pengu­rusan tidak berpuas hati dengan ketumpulan penyudahnya.

“Oleh kerana dia tidak mempamerkan aksi yang kita mahukan, maka kita akan cari pemain lain bagi mengisi posisi yang ditinggalkannya,” katanya.

Sehubungan itu menurut Arpin, pihaknya akan menguji beberapa pemain import asing termasuk bekas penyerang pasukan Beijing Baxy F.C iaitu Stephen Ayodele Makinwa, pemain kelahiran Nigeria.

Beliau berkata pemain import baharu yang akan dipilih kelak mungkin akan diturunkan beraksi awal April ini. — Bernama

Advertisement