Anda di sini

SK Supa bakal anjur Temasya Sukan Tahunan 2014 pada 9-11 April ini

Advertisement

SARIBAS: Sekolah Kebangsaan (SK) Supa akan menganjurkan Temasya Sukan Tahunan 2014 pada 9 hingga 11 April ini.

Setiausaha Sukan SK Supa Anual Ismail berkata, pelbagai acara disusun bagi memeriahkan temasya yang berlangsung selama tiga hari di padang sekolah berkenaan.

“Selain acara balapan untuk murid SK Supa sendiri, diadakan acara sampingan seperti acara olahraga untuk sekolah jemputan, karaoke terbuka (saringan pada 9 April dan pertandingan pada 10 April) dan Bintang Kecil Sekolah Jemputan (10 April).

“Justeru, orang ramai adalah dijemput untuk hadir memeriahkan temasya ini nanti,” katanya ketika menghubungi Utusan Borneo kelmarin.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan yang dianjurkan, hubungi Anual di talian 013-8313127.

Advertisement