Anda di sini

Pemuda cedera, keretanya ‘tertusuk’ pembahagi jalan

Advertisement

MIRI: Seorang pemuda cedera di lengan kiri selepas kereta Toyota Vios yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Jejambat Jalan Puchong di sini pada jam 1 petang semalam.

Mangsa yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai jurutaip di sebuah syarikat akhbar tempatan ketika kejadian memandu seorang diri dan menghala ke arah pusat bandar.

Akibat kemalangan itu, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian penumpang, setelah merempuh besi pembahagi jalan di laluan naik ke jejambat jalan terbabit.

Sebuah kenderaan milik Jabatan Pertahanan Awam (JPA) yang kebetulan lalu di jalan yang sama berhenti untuk memberikan bantuan dan mengejarkan mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pejalan kaki warga tua berusia 70 tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, selepas dilanggar kereta, semasa menyeberangi Jalan Miri-Pujut, jam 9 malam Selasa lalu.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Lereng Bukit ketika dilanggar semasa menyeberangi jalan.

Advertisement