Anda di sini

Pemandu terkejut kereta curi sama nombor dengan kereta miliknya

Advertisement

SIBU: Seorang pemandu yang melalui Batu 12, Jalan Sibu-Bintulu terkejut apabila terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna merah menggunakan nombor plat pendaftaran yang sama dengan kereta miliknya, Sabtu lalu.

Bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab cuba memalsukan nombor plat keretanya untuk tujuan melakukan jenayah, pengadu bertindak menghubungi polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) di Balai Polis Sibu Jaya untuk pergi ke lokasi kereta tersebut dan melakukan siasatan.

Pasukan CPJ yang tiba di lokasi berkenaan pada jam 4.45 petang mendapati kereta tersebut terbiar di tepi jalan.

Pemeriksaan awal polis mendapati kereta tersebut disahkan menggunakan nombor plat pendaftaran palsu dan siasatan lanjut mendapati kereta tersebut telah dilaporkan hilang di Miri sebelum ini.

Walaupun pasukan CPJ bertindak menunggu orang untuk menuntut kereta terebut di lokasi, namun tiada seorang pun muncul.

Kereta tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sibu Jaya untuk tindakan seterusnya.

Advertisement