Anda di sini

Lee seru sokongan daripada korporat, swasta untuk realisasikan impian SLTA

Advertisement

PEMANGKIN KEJAYAAN: (Dari empat kiri) Patrick, Bernard dan Poh (kiri) semasa majlis penyerahan tajaan di SLTA semalam.

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) mahu menjadikan Kejohanan Tenis ITF Men’s Future AS$15,000 sebagai aktiviti tahunan persatuan.

Justeru, Presiden SLTA Datuk Patrick Liew menyeru lebih banyak sokongan dari badan-badan korporat mahupun swasta dalam memastikan kejohanan tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Penganjuran kejohanan ini memerlukan kos yang tinggi. Sehubungan itu, kita memerlukan lebih banyak tajaan terutama dari badanbadan korporat dan swasta untuk memastikan ia dapat diteruskan,” katanya semasa majlis penyerahan tajaan dari Lea Sports Centre (LSC) di SLTA semalam.

Katanya, kejohanan ini sangat penting kerana ia landasan terbaik bagi pemain- pemain tenis tempatan menempa nama di persada antarabangsa.

“Dengan menyertai kejohanan ini, pemain tempatan berpeluang memperolehi mata yang akan menentukan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

“Selain itu pemain juga berpeluang merasai pengalaman bersaing dengan pemain profesional dari negara lain. Ini sangat penting kerana ia dapat melonjakkan karier pemain dengan lebih jauh.”

Menurutnya, Sarawak kini boleh berbangga kerana mempunyai pemain profesional yang turut bersaing dalam kejohanan itu, Mohd Assri Merzuki.

“Saya percaya Sarawak dapat melahirkan lebih ramai lagi pemain seperti Assri jika kejohanan sebegini terus dianjurkan di sini.”

Patrick menambah, penganjuran kejohanan itu juga dapat menjana pendapatan lumayan terutama dalam industri pelancongan sukan negeri.

“Rata-rata peserta melahirkan rasa puas hati dengan kelancaran penganjuran kejohanan ini.

“Mereka juga gembira dengan fasiliti yang disediakan oleh SLTA meskipun baharu pertama kali bertanding di sini,” tambahnya.

LSC yang juga penaja rasmi kejohanan memberi tajaan dalam bentuk bola tenis, pakaian dan banner.

Hadir sama Pengurus Besar LSC Poh Hoon Siok dan Setiausaha SLTA Bernard Chin.

Advertisement