Anda di sini

Laserlight VCF bukti keunggulan

Advertisement

DEBAK: Penyertaan sebagai pasukan ‘underdog’ memberi kelebihan kepada pasukan Laserlight VCF dari Kota Samarahan apabila bermain tanpa tekanan meskipun terpaksa mengharungi tempoh penuh permainan dan mengheret lawan ke sepakan penalti setelah terikat 1-1 seterusnya menang dengan 3-2 ke atas lawan STK Saratok.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan mereka membawa pulang piala kejuaraan berserta wang tunai RM1,000 dan pingat pada Kejohanan Futsal Terbuka Piala ADUN Saribas, Mohamad Razi Sitam selepas beraksi pada final berlangsung di Gelanggang 1Malaysia di sini minggu lalu.

Manakala STK Saratok selaku naib juara menerima hadiah wang tunai RM700 serta piala iringan dan pingat.

Sementara itu, pada pertembungan aksi perebutan di tempat ketiga, pasukan Pelados FC dari Spaoh menewaskan Ains FC dari Saratok dengan jaringan 3-0.

Kemenangan itu, membolehkan pasukan Pelados FC menduduki tempat ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500 serta piala iringan dan pingat.

Manakala pasukan Ains FC berpuas hati di tempat keempat menerima hadiah wang tunai RM200, piala iringan dan pingat.

Kejohanan tiga hari itu menerima penyertaan menggalakkan apabila sebanyak 35 pasukan tempatan termasuk dari Bahagian Samarahan, Lubok Antu, Saratok, Spaoh, Sarikei, Bintangor, Kabong dan Betong mengambil bahagian.

Pengerusi pengelola, Saiful Hanizam Suhaini berkata kejayaan penganjuran disertai banyak pasukan dari luar memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan mempelajari teknik permainan sekali gus membawa perubahan kepada corak permainan futsal di sini.

“Peluang inilah harus diambil oleh pemain-pemain untuk memperbaiki corak permainan membolehkan mereka bertanding ke peringkat lebih tinggi.

“Selain itu, mengeratkan silaturahim kalangan pemain dan memberi mereka peluang bertukar-tukar pandangan serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan futsal.

“Kita merancang menganjurkan kejohanan lebih besar pada masa akan datang dan menggalakkan penyertaan pasukan-pasukan luar bagi memberi peluang saingan lebih kompetitif seterusnya menggalakkan persiapan pasukanpasukan tempatan memperhalusi teknik permainan sebenar sukan ini.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan Ketua Pemuda PBB Saribas, Kaunselor Piee Alwi. Hadir sama Penghulu Kampung Melayu Debak, Abang Kifrawi Abang Rukaili.

Advertisement