Anda di sini

Jom sertai Kursus Kejurulatihan Futsal Level 0

Advertisement

MUKAH: Kelab Futsal Nebulae Setiaraja (NAFAS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mukah dan Kementerian Pembangunan Sosial, Mukah akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Futsal Level 0 (Asas) pada bermula Jumaat hingga Isnin depan.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, sesi teori akan diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan sesi praktikal pula diadakan di Dewan Tertutup Kementerian Pembangunan Sosial Mukah.

Peserta yang lulus kursus itu akan memperoleh sijil pengiktirafan kejurulatihan dari pihak Vikings Futsal International/Australian Futsal Association yang juga merupakan ahli kepada Associacion Mundial de Futsal (AMF).

Yuran untuk mengikuti kursus ini adalah RM160.00 yang merangkumi bahan-bahan kursus kecuali penginapan dan jamuan ringan.

Dalam kursus tersebut, para peserta akan didedahkan kepada asas kemahiran permainan sukan futsal dan pengurusan sukan futsal berdasarkan silibus A.F.A.

Kepada belia yang berminat, sila hubungi Presiden NAFAS Abang Zairol Abang Abdul Wahab di talian 014- 8774778/01119866998, Setiausaha NAFAS Yhuhani Hasmi (0165256774), Pengarah Wilayah Viking Futsal Sarawak & Wilayah Borneo uching Awg Zaifulizan Abdul Rahman Awg Mohd (012- 8485201), Ketua Pegawai Operasi, Vikings Futsal Sarawak & Wilayah Borneo/Tri Unique Miri Fadillah Ibrahim (013- 8137598) dan Presiden Kelab Futsal Real Tugau Mukah Henry Anyie (019- 8986044).

Kesinambungan daripada kursus itu, pihak pengurusan NAFAS juga akan mengadakan Liga Futsal NAFAS 2014 atau dikenali sebagai COPA de NFL 2014 bermula pada 12 April 2014.

COPA NFL ini merupakan julung kalinya dianjurkan oleh NAFAS dengan kerjasama beberapa pihak berkaitan.

Pasukan yang berminat untuk menyertai COPA de NFL 2014, boleh menghubungi Presiden dan Setiausaha NAFAS untuk keterangan lanjut namun terhad kepada lapan pasukan sahaja.

Tarikh tutup ialah pada 10 April 2014 (Khamis) dan yuran penyertaan ialah RM400.00 untuk satu pasukan.

Perlawanan untuk COPA NFL hanya akan berlangsung pada setiap Sabtu jam 8 pagi hingga 10 malam.

Antara objektif COPA de NFL 2014 adalah untuk mendedahkan para pengiat futsal dengan permainan masa (20-5-20 minit) dan sebagai platform mengetengahkan bakat-bakat muda berumur 17 tahun dan kebawah untuk menimba pengalaman dalam suasana kejohanan futsal yang sebenar.

Menurut Abang Zairol Bin, dengan adanya kursus dan liga yang akan dijalankan itu, sukan futsal ini terus berkembang dengan maju dalam suasana yang harmoni di kalangan pengiat futsal di Bahagian Mukah dan negeri Sarawak amnya.

Advertisement