Anda di sini

Johnny yakin kemampuan anak didiknya

Advertisement

SIAP SEDIA: Johnny memberi tips kepada anak-anak buahnya sebelum sesi latihan sebagai persediaan berdepan Perlis petang ini.

KUCHING: Ketua Jurulatih skuad Piala Presiden Sarawak, Johnny Dominicus berharap anak-anak buahnya tidak mencicirkan peluang meraih mata penting pada perlawanan menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar petang ini.

Ujarnya, mata dari perlawanan ini sangat penting bagi menghidupkan peluang mereka untuk mara ke suku akhir kejohanan tersebut.

“Saya tetap positif dengan peluang kita untuk meraih mata namun ia bergantung dengan kesungguhan pemain sendiri.

“Jika mereka yakin dengan kemampuan diri dan mengikut apa yang telah dirancang, kemenangan pasti berpihak dengan kita,” katanya semalam.

Sarawak menewaskan Perlis 3-1 pada perlawanan pusingan pertama di Stadium Negeri, Februari lalu.

“Apa yang penting, elakkan kesilapan dan fokus. Barisan serangan juga perlu lebih agresif dan bijak mencari ruang untuk mencipta jaringan,” tambahnya.

Menurutnya, skuad yang dikendalikannya sejak awal musim ini mempunyai potensi untuk menjadi antara pasukan yang digeruni.

Namun, pemain perlu percaya dengan keupayaan sendiri serta berfikiran positif ketika berdepan dengan pihak lawan.

Johnny sekali lagi menggunakan khidmat pemain senior Daglish Papin Test dan Muhammad Dzulfadli Awang Marajeh bagi memastikan tiga mata penuh.

Sarawak masih menduduki tangga kesembilan dalam kumpulan A setelah meriah sembilan mata hasil dari dua kemenangan dan tiga seri.

Advertisement