Anda di sini

713 buah syarikat francais berdaftar dengan KPDNKK

Advertisement

PUTRAJAYA: Sejumlah 713 syarikat francais telah didaftarkan di bawah pendaftar francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak 2001.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata daripada jumlah itu, sebanyak 511 terdiri daripada syarikat tempatan manakala selebihnya syarikat antarabangsa.

Beliau berkata sejumlah 56 syarikat francais tempatan pula berjaya mengembangkan perniagaan ke 52 negara di seluruh dunia.

“Saya percaya jumlah itu dapat dipertingkat lagi melalui penyertaan misi promosi francais ke luar negara yang akan dijalankan sepanjang tahun ini,” katanya selepas merasmikan Hari Francais 2014 di sini, semalam.

Beliau berkata francais menyumbang RM24.6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas dan tahun ini, kementerian menyasarkan peningkatan kepada RM25.6 bilion. — Bernama

Advertisement