Anda di sini

Tiga terbaik sasaran Sarawak

Advertisement

KUCHING: Sarawak mensasarkan kelompok tiga tempat terbaik selain punggutan minima sebanyak 55 pingat emas pada SUKMA XVII yang bakal berlangsung di Perlis pada 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin berkata sasaran emas itu diletakkan dalam 12 daripada 22 acara sukan yang disertai Sarawak iaitu akuatik (terjun dan renang), angkat berat, berbasikal, boling padang, memanah, olahraga, silat, petanque, taekwondo, tenpin boling, tenis dan wushu.

Manakala 10 lagi acara yang akan disertai Sarawak adalah hoki, badminton, bola sepak, golf, karate, menembak, sepak takraw, squasy, kanu dan tinju.

“Sarawak akan menghantar kontinjen terkuat seramai 362 atlet dan 83 Tiga terbaik sasaran Sarawak Seramai 362 atlet bersedia melaungkan cabaran pada temasya SUKMA XVII di Perlis pegawai termasuk jurulatih pada SUKMA kali ini,” katanya pada sidang media persediaan Kontinjen SUKMA Sarawak di sini semalam.

“Kita juga akan menyertai 22 daripada 24 acara yang dipertandingkan dan kontinjen Sarawak tidak akan mengambil bahagian dalam acara gimrama dan perahu layar,” katanya.

Lee yang juga Ketua Kontinjen SKMA Sarawak berkata, beliau optimis sasaran kedudukan tiga teratas pada SUKMA kali ini mampu dicapai setelah mengambil kira prestasi semasa semua atlet terlibat.

“Kita telah meminta jurulatih dan pengurus pasukan memantau prestasi semasa atlet-atlet mereka dan yakin Sarawak mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

“Namun, saya minta setiap pasukan terlibat agar memberikan yang terbaik kerana pencapaian pada SUKMA kali ini akan menjadi kayu pengukur kekuatan kita pada SUKMA 2016 yang bakal diadakan di Sarawak,” ujarnya.

Pada majlis sama, Lee t u r u t me n g umumk a n hadiah insentif berjumlah RM5,000 bagi emas pertama dan RM7,000 bagi setiap punggutan emas seterusnya, RM750 bagi perak dan RM500 bagi gangsa.

Atlet yang berjaya memecah rekod kejohanan pula akan menggondol wang tunai RM1,500.

Menurut Lee, kem kontinjen atlet SKMA Sarawak akan diadakan di kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 20 dan 21 Mei dan dijangka dirasmikan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Manakala , perasmian ‘countdown’ SUKMA XVII akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan di Dewan Suarah Kuching pada 4 April ini.

Pada SUKMA XV, Sarawak menduduki tempat keempat di belakang Terengganu, Selangor dan Pahang dengan merangkul 42 emas, 32 perak dan 38 gangsa.

Advertisement