Anda di sini

SPDP amal konsep demokrasi

Advertisement

 

BALANG

Berbeza pendapat mungkin sebab kurang faham penerimaan semula bekas pemimpin

KUCHING: Perbezaan pendapat dalam kalangan ahli akar umbi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berhubung penyertaan se-mula empat bekas pemimpin parti itu menggambarkan wujudnya amalan demokrasi dalam SPDP.

Setiausaha Agungnya Datuk Nelson Balang Rining berkata, perkara itu mungkin timbul disebabkan kurangnya pemahaman dalam kalangan ahli akar umbi berhubung perkembangan terkini dalam rangka kerja Barisan Nasional (BN) dan SPDP.

Beliau berkata, para pemimpin SPDP termasuk ketua-ketua bahagian dan kaunselor yang menghadiri taklimat daripada Presiden parti Tan Sri William Mawan Ikom pada 27 Mac lepas di pejabatnya, sudah pun bersedia untuk menjelaskan situasi sebenar kepada pemimpin akar umbi dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, ahli akar umbi yang perlu diperjelaskan segera berhubung perkara tersebut juga boleh bertemu terus dengan Presiden, Timbalan Presiden Datuk Seri Tiong King Sing dan pemimpin-pemimpin bahagian.

“SPDP bukan sahaja parti politik pelbagai bangsa, daripada latar belakang berbeza malah parti yang benar-benar meng-amalkan konsep demokrasi.

“Perbezaan pendapat sekarang mungkin disebabkan kurangnya pemahaman berhubung isu yang berlaku tetapi pada masa sama menggambarkan wujudnya amalan demo-krasi dalam parti,” katanya ketika ditemui semalam.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan keras kepada ahli-ahli parti yang cuba melaga-lagakan Mawan dan Tiong atas sebab tertentu.

Balang berkata, usaha dan niat mereka untuk mencetus-kan perbalahan di antara        kedua-dua tonggak parti itu adalah sia-sia kerana mereka sebenarnya ‘kawan karib’ yang sering berhubung.

Menurut beliau lagi, Tiong dan Mawan sangat menghargai kekuatan dan sumbangan satu sama lain kepada parti pada masa lalu dan sekarang.

Walaupun tidak memaklumkan secara khusus, Balang dipercayai merujuk kepada berita yang menyebut bahawa beberapa ahli parti telah bertemu dengan Tiong di kediamannya di Selangor bulan lepas untuk mendapatkan pandangan beliau mengenai pengambilan semula empat bekas pemimpin parti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie Muran (Marudi), Ro-sey Yunus (Bekenu) and Paulus Gumbang (Batu Danau) sebagai ahli parti.

Beliau turut menjawab ke-nyataan akhbar yang dikeluarkan oleh kumpulan yang enggan dikenali dan mendakwa ahli parti mewakili 30 bahagian parti mengatakan mereka kecewa dengan penerimaan semula empat bekas pemimpin parti itu.

Keempat-empat pemimpin tersebut dipecat kerana menentang kepimpinan parti antara November 2011 dan Januari 2012, seterusnya mereka meng-umumkan diri sebagai ahli-ahli bebas yang pro-BN.

Mereka diterima semula ke dalam SPDP pada satu majlis yang dihadiri Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN ne-geri, Tan Sri Datuk Amar  Adenan Satem, Mawan, ahli-ahli Majlis Tertinggi SPDP dan wakil media di pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia pada 17 Mac lepas.

Advertisement