Anda di sini

Pencarian MH370 tertumpu di kawasan 120,000km persegi

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sepuluh pesawat dan sembilan kapal membantu pencarian pesawat Malaysia Airlines penerba-ngan MH370 yang hilang.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata kawasan pencarian  operasi semalam menjangkau 120,000km persegi, ke barat Perth.

Ia berkata cuaca di kawasan pencarian dijangka buruk, dengan jarak penglihatan yang terhad.

Sepuluh pesawat yang terlibat semalam ialah dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, dua C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia, sebuah Ilyushin IL-76 China, sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah jet Gulfstream Jepun, masing-masing sebuah P3 Orion dari Korea Selatan, Tentera Udara Diraja New Zealand dan Jepun.

“Sembilan kapal telah ditugaskan mencari di empat kawasan. Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield berlepas dari HMAS Stirling ma-lam Isnin, dengan pengesan bunyi ‘ping’,” kata AMSA dalam satu kenyataan dari laman sesawangnya semalam.

Isnin lepas, Australia telah menubuhkan Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang diketuai oleh Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, bekas Panglima Pasukan Pertahanan Australia, di Perth untuk menyampaikan dengan berkesan aktviti-aktiviti kerajaan Australia berkaitan ope-rasi mencari.

JACC juga akan memastikan orang awam dan mereka yang berkepentingan, terutamanya keluarga penumpang dan anak kapal mengetahui perkemba-ngan penyiasatan ke atas pe-nerbangan MH370 Malaysia Airlines. — Bernama

Advertisement