Anda di sini

Suami isteri minum air dari botol racun dikejarkan ke HUS

Advertisement

KUCHING: Pasangan suami isteri dari Kampung Koran Mawang di Serian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) apabila terminum racun di kebun mereka, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohd Jamali Umi yang mengesahkan insiden itu memberitahu, lelaki ber-umur 24 tahun dan isterinya, 26 tahun terminum racun tersebut ketika berehat selepas memetik tanaman sekitar jam 4.30 petang.

“Ketika sedang berehat di kebun, kedua-dua mangsa minum daripada botol plastik yang digunakan untuk me-nyimpan racun.

“Selepas lebih kurang lima minit, kedua-dua mangsa berasa panas dalam tekak dan tidak sedarkan diri sehingga dijumpai oleh ahli keluarga dan seterusnya dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan kecemasan,” katanya dalam teks sistem pesanan ringkas yang di-kirimkan ke Utusan Borneo, semalam.

Pasangan itu seterusnya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan susulan.

Mereka yang dikejarkan menggunakan ambulans tiba di HUS sekitar jam 3 pagi semalam.

“Keadaan kedua-dua mangsa adalah stabil serta dapat bercakap dan makan seperti biasa,” katanya.

Advertisement