Anda di sini

Penubuhan Kor SUKSIS di IPTA di seluruh negara digalakkan

Advertisement

MAJUKAN DIRI: Pauzi menyerahkan skrol sijil penghargaan kepada penerima Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Daerah Padawan sambil ditemani Bihud (belakang, kiri) pada Sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis Ke-44 Peringkat Padawan, semalam.

SIBURAN: Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalakkan lebih banyak penubuhan Kor SUKSIS di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.

Menurut Ketua Polis Da-erah (IPD) Padawan Su-perintenden Pauzi Bujang, ia berikutan permintaan baik yang ditunjukkan oleh para pelajar di IPTA seluruh negara yang mendorong penubuhan pasukan itu ditubuhkan.

“Setakat ini, untuk Sarawak hanya UNIMAS yang telah menyertai… keanggotaan Kor SUKSIS bagaimanapun belum lagi diketahui dan statistik berada dalam simpanan peringkat kontinjen,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis Ke-44 Peringkat Padawan di sini semalam.

Tambah beliau, peningkatan jelas menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai kecenderungan dan minat yang tinggi terhadap badan beruniform terutama PDRM.

Ia juga sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berhasrat memperkukuhkan disiplin para pelajar di peringkat sekolah menengah melalui kegiatan kokurikulum, tegasnya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Padawan Bihud Apok tidak dapat memberi statistik terperinci mengenai statistik Kor Kadet Polis di daerah berkenaan buat masa ini.

Beliau bagaimanapun menyeru lebih banyak sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti pasukan ber-uniform selain polis, Kadet Bomba dan PKBM (seperti tentera).

Kontinjen seramai 83 orang daripada 10 sekolah menengah seluruh daerah itu membanjiri Padang Kawat IPD Padawan di Siburan semalam.

Ia menyaksikan 14 pelajar menerima sijil penghargaan sebagai motivasi memajukan diri masing-masing.

Dalam hal berlainan, kes juvana yang melibatkan remaja bawah 18 tahun di daerah itu tidak begitu serius.

Sejak IPD Padawan mula beroperasi tiga bulan lepas, jumlahnya ada namun tidak begitu membimbangkan, katanya kepada pemberita semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan ASP Naazron Abdul Yusuf juga menjelaskan bahawa kegiatan mencuri kabel di daerah Padawan hanya melibatkan kawasan terpencil iaitu di kampung-kampung.

“Kabel yang dicuri biasa-nya yang pendek dan panjang lebih kurang tiga atau empat tiang…ini kes yang melibatkan orang dewasa dan tidak melibatkan juvana.

“Setakat ini dua sudah didakwa… penjara tujuh tahun dan kabel yang dicuri adalah kabel telefon, kabel optik dan kabel-kabel yang digantung.

“Ia tidak berlaku hari-hari dan tidak kronik tetapi berlaku sekali dalam sebulan,” kata Naazron.

Beliau turut menyatakan rasa kesal dengan perbuatan pencuri kabel yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement