Anda di sini

Pengawal keselamatan ditemui lemas di sungai

Advertisement

KUCHING: Seorang pengawal keselamatan ditemui lemas di sungai berhampiran rumahnya di Kampung Pisang Beguk, kelmarin.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Jopin Ragub, 41, dikatakan turun ke sungai sekitar jam 4 petang untuk mandi sebelum turun bertugas di sebuah sekolah.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa mula mencarinya apabila dia tidak pulang-pulang ke rumah.

Bimbang sesuatu yang buruk menimpa mangsa, adik iparnya mula menyelam apabila hanya menjumpai pakaian dan selipar mangsa di tebing sungai.

Mangsa berjaya ditemui dalam tempoh 15 minit namun dalam keadaan tidak bernafas.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak sekitar jam 9 malam namun tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Advertisement