Anda di sini

Mohammad Tony Ong terajui MACMA Cawangan S’wak

Advertisement

KUCHING: Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak telah menamakan Mohammad Tony Ong sebagai pengerusi baharunya pada Mesyuarat Agung Tahunan MACMA Cawangan Sarawak Ke-15 pada 30 Mac 2014 (Ahad) di Pusat Penerangan Islam, Jalan Ong Tiang Swee.

Beliau akan memegang jawatan berkenaan bagi sesi 2014/2016.

Kini beliau merupakan Ketua Perniagaan Perdagangan di Agrobank, Pusat Perniagaan Sarawak.

Tony telah dipilih sebagai pengerusi baharu selepas penyandangnya Mortadha Lau, anggota pengasas, memutuskan untuk tidak bertan-ding semula.

Jawatan naib pengerusi diberikan kepada Mohd Hafeez Chew manakala anggota exco yang lain adalah Nur Aisyah Chan (setiausaha), Arzura Liaw (penolong setiausaha) dan Zurina Tan (bendahari).

Lima ahli jawatankuasa lain adalah Mohd Ammar Choo, Abdul Halim Jafaruddin, Noor Asmah Mohd Moktar, Rasinah Chai dan Rabiatul Adawiyah Lee.

Insentif tunai telah diserah-kan kepada sembilan anak ahli yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM pada 2013.

Ahli-ahli dan anak-anak mereka juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lain yang termasuk senaman aerobik dan permainan.

Advertisement