Anda di sini

Kemenangan PRK Balingian ‘hadiah istimewa’ buat Taib

Advertisement

MIRI: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian sememangnya telah dijangka berikutan ia kubu BN yang sukar digugat.

Pemerhati Politik Wan Zain Syed Mohdzar berkata paling penting sokongan kaum Cina terhadap BN juga telah menunjukkan peningkatan yang ketara pada hari pengundian.

“BN telah mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti 6,911 undi bahkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN juga kian bertambah melalui keputusan pilihan raya tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Wan Zain menjelaskan, sekarang adalah masa yang tepat untuk penyandang baharu kerusi itu, Yussibnosh Balo menunaikan semua janji yang telah diumumkan semasa berkempen.

“Kita percaya beliau mampu menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian memandangkan pengundi di situ sudah memilihnya untuk mewakili rakyat di Balingian,” jelasnya.

Wan Zain yang turut berada di Balingian pada hari pembuangan undi telah menyaksikan sendiri perubahan yang ketara kepercayaan para pengundi terhadap BN.

“Jumlah pengundi yang turun membuang undi juga meningkat dan dibuktikan dengan pertambahan 1,758 undi pada pilihan raya lalu,” ujarnya.

Katanya kemenangan BN juga menunjukkan kesetiaan dan kepercayaan rakyat terhadap BN di bawah kepimpinan baharu Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

“Pada masa sama, kemenangan itu boleh disifatkan ‘hadiah istimewa’ kepada bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang banyak berjasa kepada pembangunan Sarawak,”

Advertisement