Anda di sini

Futsal 1Malaysia ‘Jom Ke Putrajaya’ pada 11-13 April

Advertisement

MIRI: Pasukan futsal tempatan dipelawa menyertai Futsal 1Malaysia ‘Jom Ke Putrajaya 2014’ yang akan diadakan pada 11 hingga 13 April depan di gelanggang futsal IKBN Miri.

Kejohanan itu dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Miri, Institut Belia Negara Miri (IKBN) Miri, Bank Rakyat Miri dan City Sport Miri.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki terbuka dan wanita terbuka dengan yuran penyertaan bagi keduadua kategori RM100 sahaja.

Kejohanan itu adalah untuk melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan sukan ke peringkat komuniti selain memasyarakatkan sukan seluruh negara.

Tarikh tutup penyertaan pada 7 April ini dan borang penyertaan boleh didapati di kedai sukan City Sport Miri.

Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori lelaki terbuka masingmasing akan menerima wang tuna i RM700, RM500 atau RM300 bersama piala dan medal iringan.

Manakala bagi kategori wanita terbuka pula, johan menerima RM400, piala dan medal manakala naib johan dan tempat ketiga akan menerima RM300 dan RM200 bersama piala dan medal.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Lee Joon Siong di talian 012-8041199 atau 085- 422333.

Advertisement