Anda di sini

SUKMA: Skuad karate Sarawak sedia bertarung

Advertisement

MIRI: Skuad karate negeri kini sudah dalam 80 peratus rangka persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA XVII) 2014 di Perlis yang akan berlangsung pada 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Ketua Jurulatihnya, Al-Harir Muhammad berkata semua ketujuh-tujuh atletnya iaitu tiga lelaki dan empat wanita telah bersedia dari segi mental dan fizikal selepas menjalani latihan di Sumatera, Indonesia.

“Kita sekarang memberi tumpuan terhadap persediaan mental lebih agresif bagi memastikan mereka tidak hilang tumpuan ketika menghadapi lawan pada kejohanan kelak,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau memberitahu, antara nama yang disenaraikan dalam skuad karate negeri ialah Nadzirah Tuwah, NurJannah Tuwah dan Dayangku Nurdiyana bagi kategori kata wanita.

Bagi kategori kata lelaki pula, turut tersenarai ialah Al- Hasbi, Awangku Muhd Fauzi dan Abdul Rahman.

Menurutnya, semua atlet terbabit disasarkan meraih pingat pada kejohanan kali ini meskipun bersaing sengit dengan pasukan-pasukan yang bertanding.

“Kejohanan Karate Junior Kebangsaan baru-baru ini telah menampakkan saingan begitu sengit dan berharap atlet kita bersedia menghadapi lawan mereka pada SUKMA di Perlis nanti,” katanya.

 

Advertisement