Anda di sini

Perlumbaan Berbasikal Kriterium MASJA pada 13 April

Advertisement

KUCHING: Persatuan Berbasikal Sarawak (PBS) akan menganjurkan Perlumbaan Berbasikal Kriterium MASJA pada 13 April 2014.

Perlumbaan bermula jam 8 pagi dari pekarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama dibahagikan kepada lima kategori iaitu lelaki junior (17 tahun ke bawah), lelaki veteran (40 tahun ke atas), terbuka wanita, terbuka lelaki dan basikal bukit terbuka.

Yuran pendaftaran setiap peserta ialah RM10 dan penggemar sukan berbasikal boleh mendapatkan borang pendaftaran dari kedai-kedai basikal tempatan di Kuching atau menghubungi terus penganjur di talian 016-8822773 (Zamri) atau 019-8898325 (Zulaihi).

PBS juga akan mengadakan Mesyuarat Agung Dua Tahun Sekali pada 26 April ini, jam 2 petang di bilik mesyuarat Stadium Negeri Sarawak dan persatuan menjemput semua ahli dan peminat sukan berbasikal menghadiri mesyuarat itu.

 

Advertisement