Anda di sini

MH370: MAS tubuh pusat bantuan keluarga di Perth

Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menubuhkan sebuah Pusat Bantuan Keluarga di Perth, Australia, bagi keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata pusat bantuan itu akan menjadi lokasi semua aktiviti yang dirancang bagi keluarga terbabit termasuk taklimat, sembahyang dan khidmat keagamaan.

“MAS akan mengatur urusan untuk membawa anggota keluarga penumpang pesawat MH370 ke Perth, sebaik sahaja pihak berkuasa mengesahkan bahawa serpihan fizikal yang ditemui itu adalah MH370,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata urusan itu akan dibuat segera apabila agensi kerajaan yang berkaitan memberi kebenaran kepada MAS untuk membawa anggota keluarga ke lokasi serpihan kapal terbang itu akan disimpan.

Beliau mengulangi bahawa syarikat penerbangan berkenaan komited untuk menyokong segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan asing berkaitan, yang meneruskan misi mencari dan menemukan semula pesawat itu.

Ahmad Jauhari berkata mereka akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan dan memberi bantuan serta sokongan kepada keluarga penumpang. — Bernama

Advertisement