Anda di sini

Bintulu bakal ubah corak, strategi hadapi Piala Sarawak dan Piala Isuzu

Advertisement

BINTULU: Pengurusan skuad Bintulu akan mengubah corak dan strategi bagi menghadapi Piala Sarawak dan Piala Isuzu bawah 19 tahun yang bakal berlangsung penghujung tahun ini.

Sambil tidak mendedahkan corak dan strategi itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) Duke Janteng berkata melalui perubahan corak dan strategi itu diharapkan skuad Bintulu mampu mencapai kedudukan empat terbaik pada Piala Sarawak dan Piala Isuzu.

Katanya, tahun ini Bintulu membuat persiapan awal untuk menghadapi dua kejohanan berprestij tersebut seperti juga dilakukan skuad bola sepak bahagianbahagian lain.

“Kami akan membuat pemilihan melibatkan seramai 320 pemain berumur antara 22 dan 25 tahun ke bawah kini beraksi pada Piala Petronas Divisyen 1 dan Piala Datuk Seri Tiong King Sing Divisyen 2,” katanya pada sesi pertama pemilihan 30 pemain di Stadium Mini Bintulu semalam.

Duke berkata, pihaknya mengadakan lima sesi pemilihan pemain iaitu sesi pertama Mac diikuti kedua dan seterusnya pada Mei, Ogos, September, Oktober dan November tahun ini.

“Sesi pemilihan secara menyeluruh ke atas pemain- pemain Bintulu hanya untuk 22 pemain yang layak menyarung jersi Bintulu,” tambahnya.

Beliau berkata, pemilihan pemain dari divisyen satu adalah merangkumi kawasan bandar dan divisyen dua untuk luar bandar bertujuan mencungkil bakatbakat berpotensi pemain terbabit.

 

Advertisement